Tour Guide

MENGAPA HARUS MEMILIH SERVIS JOM JALAN KOREA PRIVATE TOUR GUIDE ?

Assalamualaikum dan 안녕하세요. Saya Ekin, salah seorang tour guide Jom Jalan Korea. Alhamdullilah,Ekin di beri peluang untuk menulis entry mengenai SERVIS TOUR GUIDE kami yang dahulunya dikenali awal sebagai Ilovekoreatour ataupun Ohperjalananku. Namun pada pertengahan tahun 2015,Sajangnim kami iaitu Kak Zurina telah menukarkan dengan nama yang lebih mudah untuk diingati dan difahami iaitu Jom Jalan Korea. Mungkin dengan adanya entry ini sedikit sebanyak dapat membuatkan anda lebih memahami skop kerja kami dan faham bagaimana cara kami berurusan dengan bakal traveller. Tak kenal maka tak cinta. #Ehh

Berbalik pada tajuk besar entry ini

“Mengapa anda memerlukan servis tour guide semasa di Korea?”

“Apo kono eh jang kono guno sorvis guide ni pulak haa,poie seniri takleh ko?”

“Awat hang kena guna servis tour guide nih?”

“Atenye ngape mengkome sume kena guna servis tour guide ni yew?”

Yaa, tidak dinafikan pelbagai kemudahan disediakan pihak tourism korea buat bakal pelancong yang datang ke Korea. Informasi nya pulak hanya perlu cari Mr.Google sahaja dan semuanya telah tersedia,pelbagai lambakan blog-blog yang memberikan tips-tips ke Korea tidak terkecuali blog ohperjalananku.wordpress.com (promote link ><)
Namun semua itu memerlukan anda melakukan ulangkaji (research) selama beberapa bulan untuk memahami tempat-tempat yang bakal anda pergi di Korea mungkin selama lima hari ? enam hari ? tujuh hari ? Atau mungkin 2 minggu ?? Anda TAK PERLU melakukn RESEARCH apa2, hanya untuk menyerabutkan kepala,stress sebab susah nak faham map subway😅😅, nak baca map jalan di Seoul hanya untuk pergi bercuti kerana kami yang akan beri segala maklumat kepada bakal traveller Jom Jalan Korea.
Kami juga memberikan CADANGAN ITINERARY yang TERBAIK buat bakal traveller yang menggunakan khidmat kami. Itinerary awal akan diberikan kepada bakal traveller dan pada perbincangan yang seterusnya barulah di ubah mengikut kesesuaian,bajet, dan request dari traveller sendiri. Bakal traveller juga harus memaklumkan awal kepada kami tempt-tempat tambahan yang ingin ditambah ke dalam itinerary awal agar kami dapat menyusun masa dan menyediakan satu itinerary yang tepat dan baik demi kepentingan traveller sendiri.
Alhamdullilah dengan pengalaman yang dimiliki oleh tour guide Jom Jalan Korea, kami lebih MAHIR SELOK BELOK jalan di KOREA ini. Bentuk muka bumi di Korea ini kebanyakkannya berbukit dan banyak menggunakan tangga contohnya di dalam subway. (Tapi agak hairan kenapa tour guide2 yang ada tak kurus-kurus 😅) .
Oleh itu kami sentiasa cuba menggunakan jalan yang terdekat (shortcut) untk sampai ke destinasi. Pakej kami hanya menggunakan pengangkutan awam. Walaupun pengangkutan subway di Korea ini sangatlah efficient namun kami mencuba untuk mengurangkan penggunaan subway dan diganti dengan penggunaan bas semaksima yang mungkin bagi mengelakkan traveller kami turun naik tangga di dalam subway seharian suntuk. Tambahan pula,traveller boleh menikmati pandangan bandar Seoul melalui ruangan jendela bas berbanding hanya melihat terowong bawah tanah di dalam subway. Hikhik😂😂

PEMBURU MAKANAN (Food Hunting)
Kami semua kaki makan termasuk lah Sajangnim kami. Oleh itu,traveller yang menggunakan servis tour guide kami akan di bawa ke tempat makan yang lazat,real korean food macam yang anda lihat dalam Running Man dan kdrama tu. Paling penting Halal dan Mesra Muslim. Kami takkan biarkan traveller kami makan meggi (bwk dri Malaysia) atau kebab je hari-hari 😅😅

Di bawah ini contoh-contoh menu yang dapat anda jamu di Korea seperti

Jajanggmyeon, Haemul Pajeon, Sujebi, Samgyetang dan menu side dish wajib. KIMCHI~~~~~~😁😁

Tak habis lagi bab makanan. Jangan lupa STREET FOOD! Rugi jika tak merasa korean street food. Street Food ni jugak ikut musim. Kalau musim sejuk lain jenis street foodnya,kalau musim panas lain pulak jenisnya. Tapi bagi Ekin,Ekin suka street food masa musim sejuk (no wonder lah tak kurus-kurus kan😅) . Kami lebih arif street food apa yang sedap dan boleh di makan. Sambil makan boleh fefeeling macam drama korea kan 😆😆. Nyum nyum~

Walaupun ada di kalangan tour guide JomJalanKorea bukanlah dari pelajar universiti di Korea. Namun, banyak peniaga-peniaga di pasar,kedai makan atau di shopping complex telah mengenali kami dengan dekat. Kami juga boleh membantu anda mendapatkan harga yang lebih murah untuk pembelian souvenir, berkongsi tips untuk membeli cosmetic dan skin care yg dikongsi oleh rakan kepada tour guide kami yang berbangsa Korea. Kami juga lebih tahu kedai yang menjual barangan murah tapi berkualiti.

Masa dengan kami adalah FLEXIBLE (boleh rujuk review dari traveller kami di bawah nanti). Jangan risau, percutian anda akan di temani oleh Photographer (walaupun tak berapa profesional tpi kami menjamin gambar yang cantik2 😂)

Bagaimana kami dengan traveller apabila trip berlangsung? Kami tak layan macam tourist tapi lebih kepada bercuti bersama family sendiri. Kami tiada family di Korea jadi bila traveller datang mereka lah family kami. Alhamdullilah kami guide seselesa yang mungkin agar traveller tak kekok sepanjang trip dah boleh ambil gambar dan video berkuak lentang, jalan sama-sama, gelak sama-sama. Sebab apa? Sebab kita sedang bercuti bukan sedang berkursus induksi . 😂😂. Anda tak perlu risau nak baca map,hafal jalan dan signboard,. Harus tenang, enjoy dan tak fikir masalah apa-apa. Alhamdullilah dan InsyaAllah pakej kami dah INCLUDE dengan TOUR GUIDE FEES, jadi tiada langsung cas tersembunyi.
Gambar screenshot whatsapp di bawah ini adalah antara pandangan “Mengapa Guna Servis Tour Guide” oleh traveller yang pernah menggunakan servis kami pada Autumn November 2015. Sajangnim kami sejenis tak suka post review ( My Sajangnim is soo humble i loike) , dia akan bagi review apabila ada orang tanya saja.

Sekian saja entry yang sangatlah panjang berjela ini. Nantikan entry kami yang lain mungkin kami akan kongsikan tips tips Korea yang menarik untuk anda ketahui. 😍😍

p.s:~ sekadar pandangan dari penulis dan traveller. ^_^

13 thoughts on “Tour Guide

  1. Betul kin…xyah pk dh kalau ada tour guide…ikut je…x sempat nk tgk map..dan orang korea nie semua rush kuar masuk subway n sentiasa full…tgk tangga kat subway dh tak larat nak pk dah jalan mana…..ikut je cik ikin atau cik kinna….dia kata turun kite turun kan…tempat makan semua gile sedap..itu ayat kite dgr bile cik ikin ckp pasal makan….

  2. Saya nak pi korea dg anak2..rencana ujung tahun 2016..macam..mana nak berhubung dg cik kin..kami semua 6 beranak ..anak umur 13-7 semua 4 orang..cik kin tunggu kat korea ka..macamana..

  3. hajatnya sy nak ke korea dengan kawan-kawan seramai 5-6 org.. pada awal 2017 dalam bulan dua.. tempat yang kami nak pergi termasuklah jeju island.. macam mana saya nak tau 1st step utk kesana ni.. kiteorg pening duk rancang, so care terbaik adlah mengunakan tour guide, sbb dah tak nak fikir.. jd camne sy nk tau lbh lanjut

  4. saya plan and da booking tiket pon 10 mei higga 18 mei ke korea, saya ada contact number ekin yang diberi, jika valid lagi maka saya menunggu reply wasap dari ekin atau jika nombor lama tak valid , sila hubungi saya 0195105159. tq

  5. Saya & family (of 10 p/p – adults) akan ke Korea (Seoul) on 28 April 2017 until 2 May 2017. Booked Nungmaru Meongdeong Hotel. Bercita cita nak buat own tour but macam susah pulak. Bagaimana cara saya nak menggunakan your tour servis & berapakah bayarannya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s