Travel Tips

10 perkara yang anda perlu tahu sebelum travel

Assalamualaikum, hari berganti hari, bulan berganti bulan, dah lama tak post tentang travel tips. Ramai yang hendak travel keluar negara sekarang ni, nak pulak Airasia ada buat banyak promo dengan harga yang mampu milik sehingga ke New Zealand! Pengalaman pertama saya ke luar negara adalah pada tahun Ogos 2010, pada tahun itu, airasia ada buat penerbangan ke london-stansted. Pertama kali saya menaiki kapal terbang, pertama kali saya ke luar negara, pertama kali merantau! Dengan zero knowledge tentang semua perkara, alhamdulillah berjaya fly ke sana dan travel di sekitar London-Sunderland (sebab ada kawan di sana).Sejak pada itu, bermula lah kisah saya terbang dan terbang setiap tahun ^_^.

Sebelum berjaya beli flight ticket dan buat keputusan terakhir, saya melihat kemampuan untuk berbelanja dahulu, jadi tip pertama :

  1. Masa season

 

Pada masa itu, saya memang tidak mempunyai pekerjaan tetap (baru tamat belajar). Jadi, bila-bila sahaja saya boleh terbang ni! haha! Jadi setelah ditentukan tarikh yang free, serta keadaan di London pada masa itu juga adalah musim panas dengan kadar kepanasan hanya 20 degree sahaja. Teman saya pada waktu itu, adik saya juga tidak ada masalah untuk bercuti bersama. Pada waktu itu, saya tidak terlalu concern tentang musim di sana. Tapi lebih bagus, kita check musim apa di negara yang mahu kita lawati. Musim panas? musim sejuk? musim hujan? atau musim bunga? . Jika nak ke Korea contohnya, kita perlu tahu musim-musim di korea jika kita ada target nak lihat bunga (hujung mac sehingga april) , atau salji (hujung december sehingga awal february) atau tengok daun luruh (pertengahan oktober sehingga awal november). Bukan apa, nanti menanges tak dapat apa yang di hajati, sebab dah akhir musim (tiada bunga, atau daun semua dah luruh, atau salji dah kering). Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh tengok tahun lepas punya forecast (untuk bunga atau salji). Tetapi yelah.. semua ni kuasa Allah, kalau dia nak bunga tu mekar tarikh lain, jadi kita pun tak boleh nak salahkan sesiapa ^_^.

 

2.Wang 12428-NO8HO1

Selepas tengok masa bercuti pun dah set, rasa ok je, boleh fly time ni, saya melihat pula dari segi kewangan, saya rasa mampu untuk terbang ke negara eropah sana yang currency nya pada masa itu, dalam 5.2 (pound 5 kali lebih besar dari duit kita). Walaupun duit mereka lebih besar, namun pada masa itu, saya rasa masih mampu. Sebab time tu dah fikir nak masak di sana. Bawak segala bekal makanan, tengok tempat stay yang ada kitchen dan ada free breakfast (so boleh pulun makan sampai kenyang kan?). Jadi perancangan untuk kewangan pun perlulah disediakan. Harga hostel (time tu duduk female hostel) dengan rate 10 pound- 13 pound. Atau sebagai contoh di korea, harga guesthouse adalah dari 10k won (hostel) sehingga 50k won (double with private toilet). O.k bab pilihan tempat tinggal saya bincang kemudian. Selain itu, berkenaan wang juga, rajin-rajin cek kadar tukaran matawang tu. Saya sarankan tukar wang di Malaysia (jika nak ke korea), sebab lebih untung tukar di Malaysia. Di korea, tak semua bank menerima matawang RM. Selain itu juga, aktifkan pengeluaran antarabangsa dan juga debit/kredit card anda. Kad-kad ni penting sekiranya terdapat emergency, yang mana kita perlu gunakan untuk buat bayaran. Kalau travel ke banyak negara, sila tukar matawang ke USD/Europe sebab mudah diterima untuk ditukarkan.

3. Flight/Train/Bus Ticket

36610-O0SW7S

Time ni saya cuma bandingkan sikit2 je, sebab perancangan saya ni last minute jugak lah, dapat flight ticket airasia pun hmmm brapa ye, tak ingt pulak. Tp yang penting time tu rasa murah. haha! Ok, time tu tak tau flight airasia yang sangat sempit dan tidak selesa tu, dengan perlu fly 13jam lagi. Yang ni amat penting bagi saya jugak, walaupun murah, saya pentingkan keselesaan juga sebab saya mudah pening kepala. Sekarang, saya hanya naik vietnam airlines ke korea, sebab lebih selesa walaupun transit . Saya juga pernah naik dengan MAS direct flight ke Heathrow(MAS promo RM2,500 return ticket), amboi tak boleh nak bandinglah dia punya tahap keselesaan tu. Rasa macam bercuti dalam flight! Ok, sekarang banyak je website untuk perbandingan harga flight ticket, saya suka guna skyscanner. Kadang-kadang kita bukak website airlines tu, tak dapat flight ticket murah2, jadi guna skyscanner, dia bagi link ke website lain untuk book flight dengan harga murah macam airticket24. Ada charge tapi tak mahal pun. ^_^. Contoh lain seperti di London atau di europe juga, boleh survey harga train/bus ticket online seperti London Easybus. Dari stanted airport, gunakan easybus , dulu boleh dapat semurah 2pound! Tapi perlulah book awal-awal kan. Kiranya, semua senang nak dapat online dah sekarang, kena rajin cari je ^_^.  Untuk yang trip drive sendiri, sewa kereta, pastu travel free & easy, disarankan ambil insurance sekali semasa menyewa kereta. Pengalaman saya, driving diluar negara tak banyak pun, tapi time hantar kereta, siap tunjuk ada scratch ntah kami dapat dari mana. Itupun diambil kira jugak tu. Jadi untuk selamat, sila ambil insurance bersama-sama dengan bayaran sewa kereta itu juga. International License jugak diperlukan, walaupun UK, orang kata tak perlu apply, tapi better ambil lah, RM150 sahaja, apply di JPJ. O.k, dah dapat flight /bus ticket murah2, jom survey hostel/guesthouse.

4. Penginapan baby-asleep

Semasa saya di london, tempat kami menginap adalah hostel (4-6person). Pemilihan dibuat berdasarkan harga, berdekatan dengan train/bus, ada free breakfast, ada wifi, tak terlalu jauh dengan tengah bandar, dan penting juga melihat review oleh orang lain. Sekiranya perlu naik flight pagi-pagi buta(transit),  book guesthouse/hotel berdekatan dengan airport, jadi kita tak terkejar-kejar nanti nak naik flight atau lebih teruk, terlepas flight. Jika arrival lewat pula, terpulang nak tidur di airport (jika dibenarkan) atau book penginapan berdekatan. Saya pernah stay di Hilton Hotel Rome, flight tiba lewat dan kami risau untuk ke guesthouse/hotel pada waktu malam. Rate hotel tu, boleh tahan lah, tapi hanya walking distance je dari airport. Hotel juga menyediakan free transportation ke bandar Rome, jadi, kami dah jimat nak bayar transport ke tengah bandar. Untuk tempah penginapan, biasa saya menggunakan booking.com untuk perbandingan harga dan review. Penting juga kita cari website guesthouse yang kita nak booking, sebab? sebab kadang2 guesthouse tu boleh bagi kita harga lebih rendah berbanding booking.com . Jika kita book through booking.com, pihak guesthouse perlu membayar kepada website ni, jadi, kalau kita dapat direct contact dengan orang guesthouse, mungkin dapat harga murah lagi. Tetapi perlu kita tanya dulu, kadang2 juga harga di booking.com jauh lebih murah. Bonus kepada guesthouse yang provides surau dan peralatan masakan utk orang islam di asingkan. Di Korea sekarang, dah ada guesthouse yang memberi kemudahan untuk orang islam seperti Boa Guesthouse, Jongnowon Hostel, Eid Guesthouse. Penting juga kita melihat lokasi guesthouse yang kita pilih, berbukit ke, bertangga ke sebab muka bumi di Korea adalah berbukit2, dan guesthouse kebanyakkannya tiada lift. First time saya ke korea, guesthouse yang kami duduki terletak di atas bukit, bertangga2. Setiap kali balik dari bersiar-siar, rasa bercinta-cinta jugaklah nak balik tu. hahaha!!

5.Itinerary34754-NZOU7O

Sekiranya kita dah buat keputusan nak berjalan sendiri tanpa guna pakej, bab ni tersangat penting. Perlu kita atur setiap perjalanan kita supaya tidak membazir waktu di sana. Perlu ditekankan di sini, jika suka trip bershopping, jadi perlulah buat itinerary yang melebihkan masa bershopping. Jika suka bersiar-siar sahaja, lain pula. Kawan travel juga memainkan peranan penting, jika saya, saya tak suka shopping, jadi saya tidak akan selesa berjalan-jalan dengan orang yang suka shopping sebab akan merugikan masa saya nak bersiar-siar. Jadi tetapkan itinerary anda! Pilih tempat wajib pergi! hehe! supaya kemudian hari tidak bergaduh. Sebagai contoh di korea, banyak website menunjukkan cara nak ke sesuatu tempat contohnya VisitKorea. Blog-blog seperti blog kak Zarina (saya memang refer kat sini banyak pada permulaan travel ke korea saya, thanks a lot kak ). Boleh juga dapatkan contoh itinerary seperti di blog saya sekiranya tiada idea nak ke mana. Untuk rancang perbelanjaan transportation, apps seperti subway korea (iphone) / (android). Selepas dah cari info tentang subway station tempat nak berhenti kat mana, lokasi semua, guna je apps ni, search station name utk depart dan arrive. Apps ini akan tunjuk cara ke station nak kita tuju tu, siap dengan harga lagi. Travel di Korea, lebih mudah menggunakan T-money (boleh beli di 7E Korea). Guna tmoney, kita nak tukar dari train ke bus, free je tau! tak payah nak bayar dua kali, hanya tambah bayaran berdasarkan distance je (kalau jauh). Rajin-rajin juga cari voucher2 discount (Korea Plaza KL), atau google je voucher untuk transportation seperti di Jepun (boleh purchase hanya di luar negara sahaja).

6. Pakaian/Kasut 27313-NWKIWP

Ok dah fikir tadi cuaca semasa nak travel, musim luruh ke, musim sejuk ke, kita nak kena guna pakaian yang sesuai. Beli awal – jangan tunggu nak sampai destinasi baru nak beli – sebab kita sendiri pun tak tau, dapat jumpa ke tidak kedai baju tu kan. Di Malaysia pun dah banyak kedai-kedai bundle (paling murah) atau kedai-kedai yang menjual winter/coat sekiranya tempat yang kita nak tuju tu sejuk. Kalau destinasi tu berhadapan dengan musim hujan, jangan lupa bawak payung/baju hujan. Kalau musim panas, jangan lupa bawak kipas (hahaha, saya ada beli kipas battery di barcelona sebab tak tahan panas, pastu kena gelak dengan orang di sana). Ok, kipas tu agak melampau lah, hahaha! Bila kita travel, walaupun guna pakej yang siap naik bus tu, pastikan kasut pun yang selesa pakai, contohnya di korea, walaupun pakej menggunakan private transport, tapi bentuk muka bumi di korea yang berbukit-bukit, tetap boleh melecetkan kaki anda. Tak kisah jenis kasut apa, asalkan anda yang memakai tu rasa selesa untuk berjalan-jalan. Nota  kepada yang bertudung, tudung perlulah byk supaya tak nampak macam travel pada hari yang sama setiap hari. kikiki~

7. Bag 13794-NPA1M1

Tak terfikir saya untuk ceritakan tentang bag, namun memang ada pertanyaan tentang bag yang sesuai untuk digunakan semasa berjalan-jalan. Pada pendapat saya, terpulang kepada anda nak bawak banyak mana barang dan besar mana barang. Contoh semasa saya travel di europe, saya perlukan bagpack, siap letak bag kedepan, dalam bag wajib ada botol air minuman, botol air untuk tandas, kipas kecik saya :P, dan keperluan lain, jadi saya perlukan bag besar. Kadar keselamatan di Europe juga tak berapa bagus, jadi perlu hati-hati membawa bag tu. Pengalaman di Italy di mana rakan travel (2 orang) bag mereka terbuka semasa berpusu-pusu naik train dan bag dompet berisi wang di curi. Mereka nekad kejar pencuri tu (budak kecil) dan mintak balik bag diorang, Alhamdulillah dapat dikembalikan. Jenama bag juga memainkan peranan sebab mereka berdua memakai bag original brand mahal. Saya pula pakai bag pasar malam, walau tak berhati-hati, orang pun tak target nak curi TT__TT(eh tak perlu sedih).  Berbeza di korea, saya hanya bawak handbag kecil, tak perlu cash sangat, hanya guna debit card, botol air tandas, air botol minuman kadang2 je bawak sebab senang jugak nak dapatkan air free. hehe. Di korea juga selamat tanpa pick pocket ke peragut ke. Jadi tak perlu risau sangat tentang bag saya tu (mudah2han berkekalan keselamatan tu^_^).

8. Camera man-taking-a-selfie

 

Dah berjalan-jalan, perlulah merakam kenangan kan, sekarang pelbagai teknologi phone, camera, yang compact, kecik, besar, berat, semua ada. Tak kisahlah nak bawak jenis apa pun, yang penting, anda perlukan storage simpanan yang besar!. Biasanya saya bawa banyak memory card, supaya senang kalau full je, tukar je memory tu kan, tak perlu computer nak transfer. Selain itu, risiko kerosakan memory card pun perlu diambil kira juga. Kalau rosak memory card, penat kita duk usung camera tanpa memory tu, nak beli pun berkira-kira jugak kan. Andai kata penuh semua memory card anda tu, jika anda pilih penginapan yang mempunyai kemudahan komputer, bawak shj card reader, boleh upload ke dropbox atau pun ke exernal hard disk/ pendrive. Yang ni penting untuk traveller yang suka ambil gambar setiap angle! Solo traveller, jangan lupa bawak selfie stick!! kikiki

9. Makanan18372-NRKPXR

Untuk travel secara budget, memang kita kena banyak bawak makanan sendiri sebab kalau nak beli, confirmlah mahal, nak pulak kalau travel di europe. Makanan halal dah semestinya lebih mahal harganya berbanding makanan biasa. Makanan paling popular orang bawak adalah serunding. Tapi perlu juga berhati-hati dengan negara yang tidak membenarkan kita membawa masuk produk tenusu seperti australia, jepun. Jika nak ke korea, memang tiada masalah untuk membawa makanan apa jenis pun. Sepanjang travel ke sana, tiada masalah untuk membawa masuk makanan, tanpa declare. Di europe juga, semasa saya travel ke sana, juga ada membawa produk Brahims macam nasi goreng, sambal. Pernah kami makan nasi goreng tu sejuk-sejuk, tak sedap haha! tapi kalau dah lapar kan, bedal je. Kami juga ada membawa ikan bilis sambal, erm kebanyakkan dari Brahims la sebab kami hanya ber backpack sahaja di europe. Kalau ke korea, saya akan bawa luggage yang besar dan penuh dengan makanan sahaja, tak kiralah maggie, sardin, sos cili, sambal tumis, yelah.. di korea saya hanya stay di rumah, mudah untuk masak. Milo 3in1 tu pun benda penting tu, nak bagi kenyang. Tapi kami takdelah 100% makan bekalan kami sahaja, dah namanya travel kan, mestila nak rasa local foods. Budgetkan perbelanjaan makanan anda untuk makan 1 kali sehari di luar.

10. Ubatan/Dokumen
21302-NT6Y7C

Benda-benda penting sebelum fly adalah ubat-ubatan yang ringan-ringan sahajalah seperti ubat sakit kepala, minyak angin, minyak urat, hehe. Benda terpenting sebelum fly adalah passport anda!! yeargh! anda dah lengkap booking flight, guesthouse, bus, buat itinerary, bungkus makanan, haa jangan lupa passport anda. Sebelum travel, pastikan passport anda sah 6 bulan sebelum fly balik. Pernah customer ke korea, hanya ada 3 bulan sebelum tamat tempoh passport nya. Alhamdulillah tiada masalah di malaysia dan korea. Tapi saya sarankan janganla buat macam ni, di korea, mereka memang tak banyak tanya dengan kita, tapi bimbang kalau anda ke tempat lain, kena balik ke malaysia berputih mata. Selain itu, butiran lengkap berkenaan dengan tempat penginapan, nombor telefon penginapan, perlu ada, memudahkan kita mengisi arrival card nanti. Bawa pen, supaya kita dapat mengisi arrival card di dalam kapal terbang. Penting juga kita membeli travel insurance seperti AIG Travel guard atau mana-mana produk lain (saya belum pernah ada pengalaman claim insurance). Kita tak tau kut2 terjelepok jatuh, tangan terseliuh. Kalau di Korea, caj hospital dia bukan main mahal lagi! Kalau demam pun dia boleh bedal harga dekat ribu. Ini pengalaman yang diceritakan oleh rakan tour guide saya. Jadi, berhati-hati semasa travel dan beli insurance ^_^.

Setakat ini 10 perkara terpenting bagi pendapat sayalah, sebelum nak fly, perlu diambil kira. Ada juga perkara-perkara kecil seperti travel adaptor, sewa wifi atau phone dan kemudahan lain. Tulisan ini hanya berdasarkan pengalaman saya yang tak banyak travel ke serata dunia, sekadar dapat ke beberapa buah negara, dengan izin Allah. Semua orang impikan percutian yang sempurna, tetapi sebenarnya pengalaman yang kita rasai semasa travel adalah yang paling berharga walaupun serba kekurangan. Jadi yang baru nak terfikir untuk travel tak kiralah dalam atau luar negara, cepat-cepat planning ^_^!!

*Zurina*

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s