Busan · jeju · Korea · seoul

Busan~Jeju~Seoul Trip

Dah lama tak update travel tips untuk pembaca blog. Alhamdulillah, ramai yang dah mula mempercayai pakej yang kami tawarkan. Iye.. kalau nak travel sendiri boleh aje.. tapi yang tak nak fikir banyak2, nak enjoy time bercuti, taknak sesat barat, boleh je nak hubungi kami untuk bantuan ^_^.

Bulan puasa haritu saya berangkat ke Korea atas  sebab hal penting berkaitan rumah sewa saya. Setelah selesai segala urusan, ada masa lagi untuk buat simulasi untuk next trip saya (dah berakhir pun) untuk ke Busan dan Jeju. Kepada yang tiba di Incheon Airport, nak ke busan, boleh aje directly naik KTX train ke Busan dan seterusnya ke jeju dan ke Seoul. Bajet untuk ke Busan~Jeju~ Seoul sudah tentulah terlebih2 sebab banyak tempat untuk di cover.

Cadangan saya 8 hari 7 malam untuk ke Busan~Jeju~Seoul. Berikut kira anggaran percutian:-

Busan 2 hari (2 malam, ketibaan 820am~ KTX to Busan~ Busan Tour 2hari~ Fly ke Jeju petang)

Jeju 2 hari Full  (2 malam, Arrival petang/malam, ambil kereta sewa,  Start tour 2 hari full, fly ke seoul malam)

Seoul 3 hari full (3 malam, fly ke Seoul petang/malam, Start seoul tour 3 hari full)

Kebiasaannya, pelancong susah nak mengagak masa untuk bergerak dari tempat ke tempat, termasuklah saya jugak! Sebab tu lah terpaksa (rela) buat simulasi, nak bagi percutian perfect kat customer saya.. hehe. Setibanya di Incheon Airport pada jam 820am, kebiasaannya mengambil masa 1 jam untuk keluar ke gate. Jadi dalam jam 930am barulah selesai semuanya dan dapat meneruskan perjalanan. Bagi memudahkan perjalanan, ambil sahaja KTX train ke Busan dari Incheon Airport, memang agak mahal berbanding bertolak dari Seoul Station, tapi, diambil kira kadar kepenatan dah fly selama 6jam setengah menaiki airasia yang pastinya tak selesa tu kan. Kalau anda memang cekap, cepat, dapatlah ambil train jam 9.07am, tapi kalau nak selamat, silalah ambil yang jam 12.07pm tu… kut2 terlewat ke. Berikut adalah time table KTX

ktxHarga KTX pulak:-

ktx2

Sila pilih yang 72,100 untuk adult, untuk dapat duduk. KTX train dilengkapi free Wifi, dan ada juga cafe, kalau rasa2 lapa, nak minum ke, boleh pegi ke gerabak yang ada cafe. Kebiasaannya saya book awal untuk train ni, manala tau, kut2 terpergi time orang bercuti, berputih mata pulak nak menaiki train ni.. hehe. Untuk buat online booking, boleh ke website ni : http://www.letskorail.com/ebizbf/EbizBfTicketSearch.do . Bayaran guna debit card pun boleh, reservation je pun boleh. Kalau rasa terlepas train tu, boleh je ke kaunter KTX untuk refund dan beli baru. Jangan risau ^_^. oh ye, nak menaiki train ni, anda perlu ke level B1, dan menghala ke airport railroad.

traffic_img03

gambar amek kt cni hehe http://2015asemhr.kr/eng/info/transport.php

Di situ juga tempat menaiki train ke Seoul, situ jugak untuk naik KTX ni. Pegi je kemana2 kaunter untuk bertanya. Jangan malu2.

Dah 11.50 am, jom gi cari train! Yang baru sampai, kena alert tentang masa, korean ni amatlah menepati masa, siap countdown 54321, tepat jam 12.07, train pun terus gerak. Jom ke Busan ke kita!! ^_^

 

Gambar ni dengan guest.

Dah sampai Busan station pun. Di Busan, kami stay di motel berdekatan dengan busan station iaitu Monaco Motel. Harga untuk bilik double bed 40,000 1 malam, Dalam jam 4 petang sampai, check in di motel (2 minit je kut dari station). Ok sebab dah lepak lama kat Incheon airport tadi, makan dan tido dalam train, so sampai2 je, boleh jalan2 kat Busan dah.  Sampai je dah petang, perut lapar, boleh pegi ke Jagalchi Market, dinner seafood, boleh refer kt sini cemana nak pegi-> Busan Tour.

Cadangan Itinerary di Busan :-

Day 1
Jagalchi Market (Dinner)

Day 2,
Taejongdae
(Lunch)
Gamcheon Cultural Village
Gwangali Beach (malam lebih baik)

Day 3,

(Check out siap2)
Haeundae Beach
Busan Tower/Busan Masjid (Kalau sempat, depends on flight jam berapa)
Fly to Jeju.

Dari Busan Station ke Airport Gimhae, nak jimat punya pasai, naiklah subway aje.. Kena tukar line 2 kali di Seomyeon (Line 1 ke Line 2), dan di Sasang (Line 2 ke Line LRT). Bajet dalam 1 jam perjalanan untuk sampai ke airport. Kalau anda sampai je Gimhae, make sure korang perhati kat tempat arrival tu. Saya day 2 kali terjumpa artis top2 kat sana ><. Paling latest, terjumpa EXO pergh! Walau tak minat, ku gagahin jua amek video, sebab tourguide Ekin adalah kipas susah mati mereka.

Dari Busan nak ke Jeju, kalau nak dapat flight murah2, boleh je naik Busan Air ataupun Jeju Air, eastarjet. Bajet dalam 30k won – 50k won 1 way.  3 Bulan before fly ke korea, haa time ni survey harga ticket.

Ok, Dah sampai pun Jeju (eh cepatnya? ). Sesampai je di jeju airport, boleh ke kaunter KT Kumho untuk menyewa kereta. Sebelum sampai di Jeju, kenalah buat booking awal dengan  diorang, register kat website KTKumho dan dapat discount berganda untuk menyewa

Jenis Kereta :

Kia Morning (4Pax) : 2 hari (48Jam)= 120k won

Chevrolet (6Pax): 2 hari (48Jam) = 160k won

Sewa lengkap dengan GPS, Insurance semua tau! penting ni. Dari Incheon airport ke tempat menyewa kereta, diorang akan bawa kita naik bus mini ke sana (Free shuttle). Di sana perlulah menyediakan International License (RM150 buat kat JPJ), dan juga credit card (Tak terima cash atau debit). Dah siap dengan pembayaran, bolehla amek kereta , pandulah di sebelah kiri, mau nye tak kekok kena ada lapan belas mata untuk semua sudut, kalau tak, pemanduan kelaut 😛 :P.

Sebab dah sampai lewat petang, jadinya sambil bawak kereta berGPS tu, cari tempat makan halal atau seafood aje. oh ye.. GPS kt cni, boleh cakap english, cuma untuk search tu, kena guna phone number atau bahasa korea sahaja. Jadi, kalau nak pegi ke sana sendiri, cari siap2 tempat nak ditujui dengan tulisan korea dan juga phone number lokasi tersebut. GPS boleh search tempat guna phone number yang didaftarkan.

Di jeju, kalau anda jenis suka masak, nak berdekatan dengan airport, boleh book yeha guesthouse. Ada disediakan peralatan dapur yang mesra pengguna islam. diorang juga ada tour sendiri. kepada yang malas nak drive atau hanya berdua dan dalam trip bajet, boleh book tour di jeju dengan guesthouse ni sekali. Kalau tak, book aje mana2 guesthouse berdekatan dengan airport yang ada disediakan tempat parking sekali. Guesthouse yang pernah saya stay berdekatan dengan airport macam, Jeju R Hotel/Guesthouse, Hill Top Guesthouse, Maple hotel, semua hotel/guesthouse ni, ada sediakan parking space, tmpt masak (kecuali maple hotel) dan senang nak cari..

1st day Jeju Tour, dari kawasan berdekatan airport, boleh nak pegi yongduam rock, mysterious road, boleh jugak singgah2 di pantai2  berdekatan, dan drive menghala ke selatan jeju. Kawasan yang akan dilalui adalah hamdeok beach, manjangul cave, sangumburi crater, kalau rasa macam dah lewat sangat, terus je ke seogwipo city. Check in kat guesthouse, biasa kami ke jeju hiking inn (sekarang dah tukar nama kut?) sebab paling murah la rate dia. Dalam 40,000 won untuk bilik double, free simple breakfast (roti, telur, air oren).Nak masak, nak makan, area sini banyak kedai seafood, hati2 pilih, sebab jeju ni terkenal dengan black pork. Menu biasa makan kat jeju ni, galchi jorim, samchi gui, kodengo gui.Kalau nak stay berhampiran dengan seongsan ilchulbong pun bagus jugak, dapat tengok matahari terbit.

2nd Day di Jeju, pagi-pagi, boleh ke jeongbang falls, atau cheonjiyeon falls yang terletak berhampiran dengan guesthouse. Lepas tu nak ke teddy bear museum, jusangjeolli cliff, sanbangsan, yeongmori cliff, kira berdekatan la jugak. Kalau stay kat hiking inn ni, dia duk kat tengah2, jadi plan bebetul nak ke mana, supaya dapat ke semua tempat yang popular di Jeju. Jangan lupa, 2nd day dah nak kena naik flight ke Seoul. kena beringat timing nak pulangkan kereta jugak, jangan smpai kena caj lebih. hehe. So tamatlah second day, menuju ke airport dan fly ke Seoul.

Sesampai di Seoul, dah malam pulak, check in guesthouse. Pilihlah guesthouse yang berdekatan dengan tempat shopping, senang nak ulang alik balik ke guesthouse kalau dah terlebih shopping macam kat namdaemun, myeongdong. Tapi saya lebih selesa book di jongnowon guesthouse, sebab ada disediakan alatan memasak utk orang islam, harga juga berpatutan.

1st day di Seoul, rasa nak jalan berdekatan dengan guesthouse jongnowon, boleh ke insadong, changdeuk palace, gyeongbok palace, gwanghwamun, chongyecheon, bukchon hanok village, semua walking distance je dari guesthouse. So 1 hari boleh settle dengan 30ribu langkah. hahah!

2nd Day di Seoul, pegila nami Island, tempat wajib berwinter sonata, walau bukan waktu winter.Balik dari nami, singgah2 di myeongdong untuk dinner, boleh makan asam pedas korea (galchi jorim). Rasanya taklah macam asam pedas, tapi dari segi rupa dia.. bolehlahh~ hahah!

3rd day di Seoul, shopping laa apa lagi. Beli souvenirs (keychain, fridge magnet, nail clipper, baju i love korea, korean brooch) semua ada di namdaemun market.Lepas tu, gi balik rumah tinggalkan barangan hasil shopping, ke itaewon masjid. Solat dan lunch halal di sana, Dari itaewon, boleh directly naik bas ke Seoul Tower (bus 03) dekat je ngn exit 4 station itaewon. Dan lepas tu nak lepak kat hongdae (hongik univ) ke , nak sambung shopping kt ewha woman univ. pun boleh. Area sini, boleh dinner nasi goreng yoogane (haemul beokkumbap). Dah ape lagi, balik la.. esok nak fly KL dah.

Dah berakhir kan trip 8H7M, pusing habis. Bajet semua untuk ground tour ni kalau ber backpack sebagai contoh 4 orang la kan..

KTX Train to Busan = 72,100

Entrance fees Busan/Jeju/Seoul=~ 60,000 won (ikutla tempat mana korang pegi, entrance fees dari 3000~10,000 won paling mahal teddy bear museum la)

Subway Seoul~Busan = 45,000 won + tmoney (3000) = 48,000won

Flight Busan~Jeju~ Seoul = 80,000 won

Sewa Kia morning = 120,000 + minyak 30,000 = 150,000/4 orang = 37,500

Guesthouse=140,000 (amek yang 1 malam 20k won, kalau murah lagi pun ada)

Makan= 119,000 (sehari max 17,000, atau ikot citarasa sendiri)

Jumlah 556,600 =~RM2115

Haa.. gitu bajetnya.. dengan kiraan currency semasa 3.80. Yang ni kira percutian agak selesa la, sebab tempat tinggal yang saya suggestkan adalah jenis double bed dan private. Bawak kereta sendiri pulak tu kan.. hehe.. Boleh lagi di kurangkan kos dengan stay dekat hostel. Terpulang kepada anda ^_^.

Jemput tengok gambar pulak.

Busan-Jeju

 

Advertisements

16 thoughts on “Busan~Jeju~Seoul Trip

  1. good sharing 😉 nak mintak izin utk guna itinerary for my trip end of this year. mmg plan nak ke busan jeju n seoul. perkongsian sgt membantu. Jz ada 1 pertanyaan, semua makanan/kedai makan yg cik sebut kan kat atas tu ada sijil halal ke?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s